cute templates

Isnin, 3 Januari 2011

cute friendku part 1

Assalamualaikum...wah...lamanya tak update blog....hehe..inilah masalahnya ngn orang mcm FIF (okey..setelah dipikirkan beberapa kali...nak membahasakan diri cheq ni fif la eh dalam blog..kalo guna SAYA rasa mcm skema plak..hahaha) yang tak reti mengarang...hehe...karangan BM sudah lama ku tinggalkan..kih3....okla..rini fif nak cte pasal kawan baekkk...semua orang ada kawan baek kan...kawan baek leh wat kta rasa hepi..and sentiasa teman kita,walau susah ataupun senang. kawan baek yang fif nak cte ni..bukanlah SESEORANG..tetapi SEEkor..ehhh..bukan2...dua ekor....heee..
 
dulu masa fif sekolah menengah..pernah la ada kawan baek...nama hamtaro and nemo..mereka berdua ni adalah 2 ekor hamster yang sangat3 cute mute...baba bawak fif n adek fif pergi satu kedai pet ni...pilih punya pilih..last2 berkenan la dekat dua hamster comel..species dwarf hamster if tak silap...
Nilah dwarf hamster...sangat cute bukan..tp ni bukanla hmster yg fif beli..ni kawan2 diorg di negara mana pun tatawlah..hehe

So, baba pun beli la bagi kat anak2 dia yang teringin sangat2 nak bela hamster comel. kalo tak silap fif..rasanya hmster kecik ni rm15 sekoq...huhu..mahal plak rasa..tapi disebabkan pencinta haiwan punya pasal...hamster 2 ekor tu pun menjadi ahli keluarga fif selepas urusan pembayaran selesai. diorang siap dapat rumah kaler pink lagi tuh...2 tingkat plak tu...=)
haaa...nilah cage hamster yang kiteorg beli untuk hamtaro and nemo.tapi ni curik gmbr dlm tenet..yang nemo n taro pny warna pink...hehe

Perasaan fif and adek tak terkata la masa tu..sangat2 hepi dapat bela hamster...bagi diorg makan kuaci...kuaci is one of the hamsters' favourite food...hehe...diet btol hamster2 ni makan...apa yang best bila bela hmster ni??ni reason2 yang fif rasa best bila ada hamster:

  1. hamster sangat cute!!!
  2. hamster ni masa mula2 beli..mmg takot nak pegang,,yela..diorang kat tempat baru kan...mst mcm takot2 lagi ngn tuan baru diorang..ada dua gigi yang kecik..tp if kena gigit..sakit sikit je...hehehee
  3. senang nak jaga hamster..sbb kta kena bg makanan n minuman yang secukupnye ye..lgipun..hmster ni jenis makan sikit2 je...diorang suka kumpul2 makanan yang kita bg...then letak dlm rumah...apa motifnye?hee..itu fif tak sure...research in progress..ho3
  4. makanan hamster senang nak cari n mudah...beli kuaci je..then..nak bg depa ni rasa best sket..leh bg carrot ckit3 ke...jagung kering...apa3 yang kering ...mst diorang suka..buah pun penah try bg..diorang makan je pun..hehe
  5. bekas hamster pun senang nak basuh n salin...apa yang diperlukan utk salin bekas hmster yang dah berbau WANGI tuuu ialah habuk2...heee...habuk hmster sgt3 penting..utk diorg wat lapik3 tdo...n kalo rasa sejuk..diorang leh guling2 and sorok2 dalam habuk tu...comel kan!!!!!
Kepada sesiapa yang teringin nak bela haiwan comel ni..ini ada some tips utk anda!!! :

1. Hamster yang baru dibeli
Macam binatang ternakan lain seperti kucing dan sebagainya, hamster ni jenis binatang yang prihatin terhadap persekitaran dia. Ini bermakna, diorang akan amik masa jugak utk berkawan and sesuaikan diri dengan pemilik dan keadaan tempat baru. Walaupun kita try lepas kejap je, and nampak mcm dia nak lari ja trus,  hamster adalah binatang yang dikategorikan dalam senarai binatang ternakan jinak. Pada peringkat awal, mmg  takot and susah jugak nak suap makanan kat hamster, tp lama2 nnt, akan jadi okey =) 

Masa hamster duk dalam sangkaq dia, janganla pandai2 hulur jari kat dia !!! sbbnya...kemungkinan hamster baru tu tak biasa lagi dengan kita. Dan kemungkinan hmster tu ingat dia tgh dalam bahaya , apa lagi...mestila dia akan bertindak kasar, iaitu dengan menggunakan kuasa gigi kecik diorang tu...GIGIT!!!! CAKAR!!!!  kalo kena gigit kuat..buleh berdarah la jugak jari kita tuu ( berdasarkan pengalaman sendiri!!..tula...g kacau hamster tu lgi...baru taw !!) so, kalau nak pegang hamster, belajar cara memegang dengan betul iaitu satu tangan jadi tempat ia berpijak dan satu lagi tangan  mengusap di belakangnya.

2. Tempat tinggal
Selalunya, hamster yang baru 1st time beli  akan datang sekali dengan sangkar tempat tinggal. Pertimbangkan saiz tempat tinggal bergantung kepada berapa banyak bilangan hamster yang ingin kita bela.
Harganya pula berlainan mengikut saiz serta perkakasan lain yang datang sekali dengan tempat tinggal. Tempat tinggal ini juga harus disediakan ruang pengudaraan yang secukupnya, tempat tidur (bedding) yang dibuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman. Jangan lupa untuk menyediakan bahan bahan permainan seperti roda berpusing (hamster paling suka yang ni!!!!), sudu plastik dan sebagainya kerana telatah hamster yang suka untuk bermain. 


3. Makanan dan minuman
Makanan yang paling umum dan sesuai diberi kepada hamster adalah bijjian kering proses (selalunya diimport) berserta makanan tambahan lain seperti kuaci, kekacang serta makanan proses yang telah dibungkus. Sekali sekala, dua kali dua kala, leh gak  tukar selera hamster, bagi diet yang laen mcm epal, lobak merah dan pisang dengan syarat kena membuat pemerhatian ,sama ada  hamster suka ataupun tak...hehe. Pemberian makanan yang basah juga tidak boleh terlalu kerap kerana boleh mengganggu sistem penghadaman hamster.
Sesetengah hamster yang bersifat ‘malu’ (owhhhh....hamsterku malu rupanya )akan dilihat ‘memakan’ dengan begitu cepat dan berlalu ke tempat persembunyiannya. Sebenarnya, hamster tu bukan makan kesemua makanan tue.. Sebaliknya, makanan tersebut just  disimpan di sekitar lehernya buat sementara, dan kemudian dikeluarkan semula di tempat ‘persembunyiannya’. Selepas itu baru dia makan sedikit demi sedikit. Untuk minuman, pastikan botol airnya mencukupi dan jika perlu, tambahkan air (air boleh jadi air kosong atau campuran air dan cecari vitamin yang dibeli di kedai).

4. Kebersihan
Kebersihan perlu dijaga kerana jika tidak, bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu hidup kita..eeeeee... Bau ini datangnya samaada dari sisa makanan, najis dan air kencing hamster yang telah lama. Jadi, luangkan masa untuk menukar bedding hamster anda sekali atau dua kali seminggu.  boleh memandikan hamster anda sedikit dengan melakukannya dengan cermat dan berhati hati. Pastikan tempat tinggal hamster anda sentiasa bersih dan kering.

4. Melahirkan anak
Antara tanda tanda hamster bakal melahirkan anak adalah perut yang membesar serta tahap keaktifannya yang meningkat. Ia juga akan kelihatan mundar mandir di dalam sangkar seolah olah mahu keluar. Setelah kelahiran anak (setiap kelahiran mungkin melibatkan satu, dua atau beberapa ekor anak), pisahkan hamster jantan (bapa) dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga mereka sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada si ibu.


Panjang lebar dah fif cte pasal tips utk bela n jaga hamster ni...ok..skrg...nak cte pasal nemo and hamtaro fif plak.....tapi dah penat pulak type..hehe...nemo and hamtaro..to be continued =p

2 ulasan:

  1. =) cite psl hmster rupanya. ingat cite psl tedi bear. sbb ada gmbar tedi =)

    BalasPadam